April 16th, 2019

Berikutan kontroversi tindakannya mengasari dan memukul seorang pengawal keselamatan warga emas baru-baru ini, pelawak Lan Pet Pet berhasrat mahu bertemu empat mata dengan mangsa, Yahya Manap atau mesra dengan panggilan Pak Ya untuk memohon maaf.

Lan mengakui apa yang beliau lakukan itu adalah satu kesalahan besar dan menerima apa sahaja respon Pak Ya.

Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja. Saya silap dan bodoh ketika itu.

Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf. Selebihnya terserahlah kepada Yahya, saya terima dengan hati terbuka.

Kata Lan, sebagai manusia beliau tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak sengaja bertindak di luar kawalan. Tidak sangka, insiden itu menjadi viral.

Menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidupnya, Lan berjanji beliau tidak akan lagi mengulangi perbuatan itu lagi. Dengan hati yang ikhlas, beliau sekali lagi memohon maaf.

Sumber Berita : BH ONLINE


38 responses to “Saya Silap Dan Bodoh Ketika Itu, Mahu Jumpa Pak Ya Minta Maaf – Lan Pet Pet”

  1. Amanda says:

    Pakcik Yahya.. TLG laa teruskan saman… nk maafkan tu bolehhhh… tapi TLG laa teruskan saman.. demi maruah & kesihatan pakcik.. T.kasih kalau pakcik baca… sy doakan agar pakcik ceoat pulih dr kecederaan.. amin…

  2. Kifarah says:

    Saman je. Karma kat keluarga dia Especially Keluarga Cik tah. Macam dia nak saman driver dia tu. Belagak nak mampus dia masa tu. Angkuh. Dia rasa dia bagus sangat. Now kifarah hentam keluarga dia pulak. Rasakan

  3. Hate baran says:

    Baran jga ko ni lan.mrah kt org lain,lpas kt org lain.klu aku tmpt pkcik tu,aku trima maaf ko tp sman ttap sman.msti pkcik tu bkrja sbb cri rzeki..ni bla da kne pkul..so duk umh la.spe nk tnggung dia?knp amik msa nk mnta maaf ye?plik aku?ko yg pkul kot

  4. saje perli says:

    AMIK KAU!! NK KNE SAMAN. ALA BYAR JELA. KN ADE DUIT. MINTAK JE TOLONG CHE TA. KN DIA ADE DUIT. TAK KN CHE TA TAK DE DUIT PULAK. PELIK BETOI.

  5. Anonymous says:

    bergetar la lutut nak kena saman 3 juta

Loading...