Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Silap Dan Bodoh Ketika Itu, Mahu Jumpa Pak Ya Minta Maaf – Lan Pet Pet

Berikutan kontroversi tindakannya mengasari dan memukul seorang pengawal keselamatan warga emas baru-baru ini, pelawak Lan Pet Pet berhasrat mahu bertemu empat mata dengan mangsa, Yahya Manap atau mesra dengan panggilan Pak Ya untuk memohon maaf.

Advertisement

Lan mengakui apa yang beliau lakukan itu adalah satu kesalahan besar dan menerima apa sahaja respon Pak Ya.

Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja. Saya silap dan bodoh ketika itu.

Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf. Selebihnya terserahlah kepada Yahya, saya terima dengan hati terbuka.

Kata Lan, sebagai manusia beliau tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak sengaja bertindak di luar kawalan. Tidak sangka, insiden itu menjadi viral.

Menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidupnya, Lan berjanji beliau tidak akan lagi mengulangi perbuatan itu lagi. Dengan hati yang ikhlas, beliau sekali lagi memohon maaf.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 Comments

  1. prihatin

    April 18, 2019 at 10:01 am

    kalau aku jd pakcik tu aku saman je. abis cite.

  2. Anonymous

    April 17, 2019 at 1:46 pm

    dah org mau nak saman baru sibuk nak minta maap berapa hari toh pergi mana still tak gaku.isteri cover akak or adik ipo cover, coba apa yg kena kat pakcik toh tertimpa kat u sure 24hr trus u saman kat org yg cederakan u.

  3. ketawa kan dia

    April 17, 2019 at 8:39 am

    kompom penagih si pet pet ni.
    hamba dadah ganja batu

    sampah.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama