“Saya Silap, Bukan Cari Publisiti”, Pemilik Butik Pengantin Mohon Maaf Upload Gambar Di Kubur

Trending

“Saya Silap, Bukan Cari Publisiti”, Pemilik Butik Pengantin Mohon Maaf Upload Gambar Di Kubur

Kecoh di media sosial kita semua baru-baru ini satu butik pengantin tular kerana memuat naik gambar koleksi pengantinnya di kawasan perkuburan Kristian.

Baca ini: Fotografi di tanah perkuburan Islam

Advertisement

Pemilik butik, Nur Amirah telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut yang semakin hangat diperbualkan di media sosial dan memohon maaf.

pengantin di kubur
fotoshot di kubur

Saya telah memohon maaf atas kesilapan yang telah saya buat. Memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam terutamanya yang beragama Kristian atas kesilapan saya memuat naik gambar di media sosial.

Wanita ini telah memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan perkara itu.

wanita ini mohon maaf

Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.

Gambar tersebut telah mengundang kemarahan warganet dan mereka juga kurang senang dengan tindakan jurugambar dan model yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam selepas berbuat sedemikian.

Dia turut mengatakan bahawa dia menerima kritikan warganet dengan hati yang terbuka dan mengakui kesilapan berpunca dari dirinya sendiri dan meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan model itu.

Pihak-pihak lain tidak terlibat sama ada model, jurugambar atau mekap artis. Mereka tidak salah dan tak tahu apa-apa. Saya mengharapkan perkara ini tidak berbangkit.

Wanita ini juga menerangkan yang dia memilih kawasan kubur tersebut kerana dia mahu gambarnya nampak unik dan inspirasi ini datang dari jurugambar dari negara barat.

Semoga wanita ini insaf dan tidak mengulangi tindakan ini. Diharapkan kita semua menghormati sensitiviti setiap manusia di dunia.  

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...