Sebelum ini, penyanyi Ashira mendedahkan bahawa dia membuat kerja sambilan di sebuah restoran terletak di Puchong pada hujung minggu selepas suaminya, Bad Indigo diuji dengan penyakit kritikal.
Baca: Ashira Ambil Upah Basuh Pinggan di Kedai Makan Semenjak Bad Indigo Jatuh Sakit
Turut bersedih dan bersimpati dengan situasi menimpa pasangan penyanyi itu, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berkata dia berhasrat untuk membantu Ashira.
Menerusi Instagram peribadinya, DSV meminta agar orang ramai membantunya untuk menyampaikan hasrat untuk menolong dan bertanya jika ada yang mempunyai nombor pasangan tersebut untuk dihubunginya.
Saya nak tolong ashira supaya tak perlu basuh pinggan di kedai makan lagi. Tolong sampaikan niat & keprihatinan saya.”
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut DSV di mana ada yang menyokong namun segelintir berpendapat agar dia tidak menghebahkan perkara itu di media sosial dan menyerahkan kerja tersebut kepada pembantu peribadi.
Sementara itu, Ashira telah memaklumkan di Instagram story bahawa dia tidak memerlukan bantuan setakat ini dan melakukan kerja tersebut atas kerelaan diri sendiri, bukan disuruh oleh suami.
Saya tak memerlukan sungguh (bantuan), saya sihat lagi boleh usaha sendiri.
Bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu juga turut berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengannya serta suami.