Saya Siap Jemput JAIS Minum – Putri Mardiana

Hiburan

Saya Siap Jemput JAIS Minum – Putri Mardiana

Bagus sungguh Putri Mardiana ini. Adab melayan tetamu memang terbaik. Pasti hilang dahaga di tekak pihak JAIS yang menangkap dirinya berkhalwat dengan Shahrizam Abdullah yang dikenali sebagai Ejump. Menarik juga Abang Nara membaca kisah tangkapan yang diceritakan dari sudut Putri Mardiana ini. Ada 2 perkara penting yang ingin disampaikan olehnya iaitu tangkapan ini dirancang oleh bekas teman lelakinya dan kedua Ejump sekadar masuk ke rumah untuk minum air selepas menghantar dirinya pulang.
putri mardiana ditangkap khalwatPutri Mardiana turut memaklumkan yang dirinya memang sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump yang merupakan suami orang. Untuk makluman, Putri Mardiana sering menemani Ejump menghadiri prosiding kes penceraiannya. Hari ini, kes tersebut telah selesai dan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Susulan itu, Putri Mardiana dan Ejump merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

ejump

Advertisement

Ikuti penjelasan panjang lebar mengenai kes tangkap khalwatnya di bawah:-

Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu. Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat.

Kemudian JAIS datang (selepas Ejump masuk untuk minum air) dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah.

Sebenarnya bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump. Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami. Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya.

Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki.

Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat.

putri mardiana ditangkap khalwat

Nasihat Abang Nara, tak payahlah tunggu tahun depan nak kahwin. Nikah je dulu. Buat apa yang wajib. Alang-alang dah kena tangkap basah. Tak kiralah kena prank ke masuk dalam sekadar minum air ke. Yang penting memang berdua-duaan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber MalaysianDigest.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...