Menerusi podcast baru-baru ini, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi dia akan solat berjemaah dengan anak-anaknya setiap hari tanpa gagal selain turut memberikan tazkirah berkaitan agama kepada mereka ebanyak dua kali dalam seminggu.
Saya juga akan sentiasa berada di rumah setiap hari tanpa jemu. Walaupun saya keluar pergi majlis ke sana ke sini, saya tak akan lepaskan anak-anak.
BACA: “I Tak Rasa Kaya, I Rasa I Miskin Dan Baru Mulakan Bisnes” – Datuk Aliff Syukri
Usahawab berusia 38 tahun itu juga akui tidak pernah mewahkan kehidupan anak-anak dan sentiasa mendidik mereka untuk membiasakan diri menjalani kehidupan serba sederhana.
Saya akan bawa anak-anak ke mana saya pergi, pergi jual durian saya bawa, pergi bungkus barang saya bawa. Saya tak akan mewahkan anak-anak, saya tidak berikan duit yang banyak kepada mereka.
Dalam pada itu, Aliff juga berkata dia tidak akan memaksa anak-anaknya untuk menjadi usahawan sepertinya dan menyambung legasi bisnes keluarga.
Meskipun begitu, dia telah memberi tunjuk ajar sedikit sebanyak kepada anak-anak tentang bisnes yang dijalankannya dan sekali kala turut melibatkan mereka.
Walaupun anak saya masih muda, saya sudah terangkan kepada anak-anak tentang bahaya zina, skandal dan dadah. Saya fokus kepada mereka tentang perkara itu kerana saya percaya di sekolah kurang pendedahan.
@buatsaja.podcast Dengarkan perkongsian penuh di Channel Merah BuatSaja Podcast. Jangan lepaskan peluang mendengar perkongsian Dato’ Sri @Aliff Syukri Kamarzaman di BuatSaja Podcast Episod 9, bersama hos Tuan @Fahdi Ghazali dan Tuan @Mr. Pudin⚡️CEO Urus Orang Nak tahu lebih lanjut tentang GMart dan perjalanan mereka? Jom follow mereka di: TikTok: @G-Mart Group ♬ original sound – BuatSaja Podcast
Ramai netizen yang mendengar podcast tersebut memuji cara parenting Aliff dan isteri, Datin Shahida yang tidak memanjakan anak-anak meskipun mereka mampu daripada segi kewangan.
Rata-ratanya turut kagum dengan tindakan Aliff kerana tidak berbelanja mewah untuk anak-anak dan tegas serta mementingkan hal ehwal agama.