“Saya Serius Mahu Kecilkan Payudara” – Leona Akui Sering Sakit Belakang, Rasa Nampak Gemuk Kerana Saiz Badan Tidak Seragam

Kehidupan

“Saya Serius Mahu Kecilkan Payudara” – Leona Akui Sering Sakit Belakang, Rasa Nampak Gemuk Kerana Saiz Badan Tidak Seragam

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona Azhar meluahkan hasrat untuk menjalani pembedahan mengecilkan payudara demi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih seimbang dan mengurangkan kesakitan fizikal yang dialaminya.

Menerusi siaran langsung di TikTok semalam, Leona, 23, menyatakan bahawa saiz payudaranya yang besar bukan sahaja menyukarkan pemilihan pakaian, malah menyebabkan dia sering mengalami sakit belakang.

Advertisement

Saya mahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara dan saya serius. Saya juga tidak mahu sakit belakang lagi.

Saya selalu memakai baju besar… macam mana nak cakap? Pinggang dan bahagian badan utama saya saiz S. Tetapi sebab dada saya sangat besar, kadang-kadang saya perlu pakai baju saiz M atau L.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu turut menyatakan rasa kecewa kerana sering dilihat ‘berisi’ disebabkan saiz dada yang tidak seimbang dengan tubuhnya.

Meskipun saya lebih kecil, payudara saya masih kelihatan besar seperti tidak sesuai dengan badan saya.

Saya marah dengan diri sendiri, saya tidak gemuk tetapi nampak seperti berisi sebab keadaan payudara saya.

Sebelum ini, Leona pernah menegur tindakan membuli semula individu lelaki yang meninggalkan komen lucah terhadapnya di media sosial.

Beliau juga mendedahkan bahawa lelaki terbabit menggunakan identiti palsu untuk meninggalkan komen berbaur tidak senonoh berkaitan bentuk tubuhnya, khususnya mengenai bahagian dada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kim seri bayar hutang
3 hours ago

"Nak Bayar Sikit-Sikit" - Kim Seri 'Update', Tunjuk Bukti 'Refund' Duit Pelanggan Trip Korea

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...