‘Saya Sering Diganggu’ – Empat Remaja Buli Warga Emas Ditahan Polis, Mangsa Akui Trauma

Trending

‘Saya Sering Diganggu’ – Empat Remaja Buli Warga Emas Ditahan Polis, Mangsa Akui Trauma

Tular baru-baru ini apabila tindakan biadap sekumpulan remaja membuli warga emas, Wan Bidah Wan Deraman mengundang padah apabila mereka ditahan pihak polis. 

Advertisement

Menurut laporan Kosmo!, kejadian tersebut berlaku di Banggol Pauh, Bekelam, Bachok itu menyebabkan Wan Bidah mengalami lebam-lebam di badan.

Bagaimanapun, keempat-empat remaja berkenaan difahamkan telah berjaya ditahan pihak berkuasa selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Dedah Wan Bidah lagi, beliau didatangi beberapa orang remaja lelaki cuba menendang dan melastiknya menggunakan batu apabila ibu tunggal itu  khabranya berjalan sendirian menuju ke rumahnya.

“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta. Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu de­ngan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri. Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian,” katanya.

Lebih perit, kejadian itu juga menyebabkan beliau mengalami lebam dan sakit pada bahagian le­ngan selepas dilastik dua remaja.

Untuk rekod, Mahkamah Majistret Pasir Puteh membenarkan empat remaja tersebut direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...