Saya Serahkan Soal Jodoh Kepada Allah SWT – Erra Fazira

Hiburan

Saya Serahkan Soal Jodoh Kepada Allah SWT – Erra Fazira

Sejak kembali solo, Erra Fazira tidak lekang dengan gosip percintaan dan sering dikaitkan dengan Shahir AF.

Memasuki usia 42 tahun pada 9 Februari lepas, Erra bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Advertisement

Walaubagaimanapun, beliau tetap berdoa untuk dipertemukan dengan lelaki yang betul-betul sesuai dengan dirinya dan baik budi pekerti.

Jodoh ini perkara yang subjektif, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Biarlah berserah kepada yang Maha Esa untuk menentukan siapa bakal suami saya nanti.

Ketika ini saya tidak terfikir lagi untuk mencari suami dan sekiranya ada, biarlah orang tersebut benar-benar mampu menjaga saya dan semestinya dia adalah lelaki yang baik.

Kalau hanya sekadar berlandaskan perasaan suka semata-mata, maka saya berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada jodoh yang tidak tepat, dan tentulah mengharapkan jodoh yang baik dari-Nya.

InshaAllah, satu hari nanti pasti Erra akan bersama seorang jejaka yang mampu menjaga beliau dan anaknya dengan baik. Antara cepat atau lambat sahaja, yang penting jangan putus asa dan selalu berdoa kepada Allah SWT.

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...