October 26th, 2016

Pasangan Bella Dally dan Nazim Othman sudah sebulan lebih mendirikan rumah tangga. Walaupun usia perkahwinan mereka masih lagi baru, ada peminat yang sudah bertanya soal cahaya mata.

Menurut Bella, beliau menyerahkan soal anak kepada Allah SWT dan tidak pernah merancang apa-apa tentang perkara itu.

Bella percaya cepat ataupun lambat, segalanya telah tertulis dan beliau akan sentiasa berdoa agar diberikan rezeki untuk bergelar ibu.

Memandangkan usia perkahwinan masih baru, saya belum terlalu memikirkan perkara itu. Cuma saya dan suami tak pernah merancang. Kami bersedia bila-bila masa saja. Bagi saya rezeki yang paling berharga.

Saya tetap percaya dan yakin dengan ketentuan Allah. Lambat atau cepat itu sudah tertulis. Saya sentiasa berdoa semoga kami segera dikurniakan anak. Pada masa sama saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang.

Berbicara mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri, Bella akui seronok hidup bersama Nazim dan menjalankan tanggungjawab seorang isteri.

Ketika bujang saya tinggal seorang diri, tetapi sekarang sudah ada peneman. Lebih menyeronokkan apabila saya pulang dari bekerja suami ada menunggu di rumah. Begitu juga sebaliknya apabila dia keluar bekerja.

Buat masa ini, Bella dan Nazim belum berkesempatan untuk berbulan madu kerana Nazim masih lagi menjalani penggambaran drama Lara Aishah yang dijangka tamat sekitar bulan Disember nanti.

Kami berdoa agar satu hari nanti hasrat Bella Dally untuk menimang cahaya mata akan termakbul.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...