Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail tampil memberikan reaksi ringkas selepas suaminya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi sebentar tadi.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, isteri Da’i Syed memilih untuk tidak mengulas panjang berhubung keputusan mahkamah tersebut, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya urusan berkenaan kepada Allah SWT serta pihak peguam.
“Saya serahkan kepada Allah dan peguam,” katanya ringkas.
Reaksi itu hadir selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu, sekali gus memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta.
Rakaman berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang meluahkan simpati terhadap ahli keluarga tertuduh, selain mengingatkan orang ramai agar menjaga adab dalam memberi komen memandangkan kes tersebut telah diputuskan oleh mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
