Pelakon sensasi, Tony Eusoff akhirnya tampil bersuara selepas tularnya sebuah video yang didakwa mirip dirinya, menunjukkan seorang lelaki sedang berbaring di atas katil sambil beronani.
Namun begitu, memetik laporan Mstar, Tony yang juga dikenali dengan nama penuh Anthony Joseph Hermas Rajiman memilih untuk tidak mengesahkan mahupun menafikan dakwaan tersebut.
Sebaliknya, dia menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri sama ada individu dalam video itu benar-benar dirinya atau tidak.
Itu saya serah kepada anda semua untuk percaya atau tidak, terpulang pada yang lihat video itu. Itu sahaja saya mahu cakap.
Siapa mahu percaya, terpulanglah. Sekarang ini saya sudah letih. Kita tak boleh nak paksa orang untuk dengar cakap kita.
Menurut Tony, dia menganggap perkara tersebut tidak memberikan kesan besar dalam hidupnya kerana ketika ini dia hanya mahu fokus pada kerjayanya sebagai seorang pelakon selain menjaga ibunya yang sudah mencecah usia 78 tahun.
Sebelum ini, tular sebuah video di aplikasi X memaparkan seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an sedang beronani di atas katil.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.