Saya Seorang Yang Sensitif, Jiwa Lembut & Mudah Menangis – Awie

Hiburan

Saya Seorang Yang Sensitif, Jiwa Lembut & Mudah Menangis – Awie

Kalau dilihat raut wajah, jambang dan aksi lakonannya di dalam filem, tiada siapa dapat menjangka perwatakan sebenar Awie. Ramai yang menganggap Awie sebagai lelaki yang tegas, garang dan ganas. Namun itu hanyalah persepsi mereka yang tidak mengenali penyanyi lagu Ukiran Jiwa ini. Sebenarnya Awie adalah seorang lelaki yang sensitif, berjiwa lembut dan mudah menangis. Jujur Abang Nara pun terkejut membaca pengakuan Awie ini.

awie

Advertisement

Hati Awie lebih mudah tersentuh apabila melibatkan hal-hal berkaitan keluarganya. Terharu Abang Nara mendengar apabila Awie memaklumkan yang dirinya akan menangis apabila teringatkan anak-anak. Kata Awie:-

Mana ganas. Sebenarnya, berperwatakan dan berwajah begini, ia anugerah Allah. Tetapi, tidak semua orang tahu apa sebenarnya yang berada dalam hati dan jiwa saya. Saya seorang yang sensitif dan berjiwa lembut. Saya mudah menitiskan air mata apabila ia membabitkan hal keluarga. Tak dapat bertemu anak pun, saya boleh menangis.

Namun Awie tidak menyalahkan orang ramai yang membuat tanggapan dirinya seorang yang ganas. Biasalah manusia memang suka menghakimi manusia lain dengan hanya memandang luaran. Kata Awie lagi:-

Persepsi yang diberikan oleh masyarakat tidak mendatangkan kesan kepada saya. Dengan adanya misai dan janggut serta kes mahkamah begini menguatkan lagi tanggapan mereka. Namun, saya sama sekali tidak menyalahkan mereka.

awie

Pasti ramai yang terkejut mengetahui sisi Awie yang selama ini menjadi rahsia kan? Abang Nara pun terkejut jugak. Memang betullah kata omputih iaitu “don’t judge a book by its cover”. Abang Nara pun ada kawan-kawan yang layan lagu rock, metal dan yang tak tahu lirik sebut apa, tapi bila tengok filem jiwang dia yang menangis dulu. Mungkin Awie termasuk dalam kategori ini. Sumber BHPLUS.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...