“Saya Sendiri Tak Tahu Apa-Apa” – Kak Lina Undur Diri Jadi Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Baru Tahu

Hiburan

“Saya Sendiri Tak Tahu Apa-Apa” – Kak Lina Undur Diri Jadi Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Baru Tahu

Terkini, baru beberapa minggu berada di pentas All Stars Gegar Vaganza, pelakon dan pengacara sensasi, Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina telah mengumumkan pengunduran dari program hiburan tersebut.

Siang tadi, media hiburan telah digemparkan dengan berita mengenai pengacara itu yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri disebabkan hal-hal tertentu dan berita tersebut telah dimuatnaik di akaun Instagramnya tanpa sebarang kapsyen atau penerangan.

Advertisement

Kak Lina doakan rancangan itu terus berjaya. Saya mohon maaf, tak dapat teruskan menjadi pengacara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Bukan itu sahaja, pengacara terkenal sekaligus rakan setugasnya di program tersebut, Nabil Ahmad juga menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila mendengar berita tentang Kak Lina itu.

Tambah Nabil, dia sendiri tidak tahu tentang pengunduran rakannya itu sehingga lah melihat sendiri penyataan di Instagram tersebut.

Saya sendiri tak tahu apa-apa. Dia pun tak hubungi saya terlebih dahulu. Jadi, saya takde komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Maka dengan ini, program hiburan ini akan diteruskan dengan hanya Nabil Ahmad dan Jihan Muse sahaja selaku pengacara.

Kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

elly mazlein
7 months ago

Elly Mazlein Minta Maaf, Tetap Mahu Menjadi Kak Lina Pom Pom Walaupun Teruk Dikecam - "Memang Saya Menggelitat..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...