Usahawan Kak KM, atau nama sebenar Liana Rosli, menafikan dakwaan bahawa anaknya, Nabila Razman, tidak layak menjadi kru kabin sebuah syarikat penerbangan di Singapura.
Kak KM menceritakan bahawa Nabila sememangnya mendapat tawaran kerja, namun dia memilih untuk berhenti selepas melihat anaknya mengalami kemurungan akibat dimarahi majikan.
Saya tidak besarkan anak saya untuk orang sesuka hati marah-marah. Saya sendiri tidak marah anak saya, ini apabila saya hantar pergi kerja kenapa hendak marah anak saya.
Kak KM mengakui bahawa dia terpaksa membayar penalti sebanyak RM50,000 untuk meminta Nabila berhenti kerja, demi keselamatan mental anaknya. Menurutnya, dia tidak sanggup membiarkan anaknya terus bekerja dalam keadaan yang memberi tekanan.
Kak KM menegaskan bahawa Nabila tidak ditolak dalam sesi temuduga, dan jika tidak lulus, dia tidak akan diberi kemudahan seperti tiket dan penginapan.
Walaupun anaknya berusia 22 tahun, Kak KM menjelaskan bahawa ia adalah keputusan peribadi untuk memelihara kebahagiaan Nabila, dan mengaku bahawa keputusan untuk berhenti adalah kerana kasih sayang sebagai ibu.