Di Kelantan, dilaporkan seorang warga emas berusia 120 tahun dikenali sebagai Siti Liah Mamat telah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, lapor Berita Harian.
“Saya gembira dan Alhamulillah semuanya selesai dengan cepat” – Siti Liah
“Saya sendiri yang menyuruh cucu untuk mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera kerana tahu penting untuk pengambilan vaksin untuk saya yang sudah lanjut usia”
Warga emas berkenaan dibawa ke PPV dengan menaiki kenderaan Hospital USM ditemani anak serta cucunya.
Sempat berpesan supaya masyarakat terutama warga emas dan golongan berisiko tidak terpengaruh dengan berita-berita yang memburukkan vaksin Covid-19.
Walaupun di usia yang sudah lanjut namun Siti Liah masih memiliki kesihatan yang baik selain memiliki pendengaran dan daya penglihatan yang jelas tanpa perlu menggunakan kaca mata.