“Saya Sendiri Pun Tak Tahu Kenapa Saya Menang” – Joe Flizzow Anggap AJL Dah Tak Relevan

Hiburan

“Saya Sendiri Pun Tak Tahu Kenapa Saya Menang” – Joe Flizzow Anggap AJL Dah Tak Relevan

Penyanyi hip hop, Joe Flizzow memaklumkan dia akan berehat daripada bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ada diadakan pada tahun hadapan.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak menganggap konsep pertandingan dari tahun 80-an itu sudah tidak relevan lagi untuk diteruskan sehingga hari ini.

Advertisement

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 44 tahun itu juga berharap pihak penerbitan program tersebut untuk mencari idea baru bagi anjugerah berprestij itu.

Saya percaya dah sampai masanya untuk saya berehat dari pertandingan nyanyian macam AJL.

Malah, Joe mendakwa pertandingan itu menimbulkan suasana persaingan yang tidak sihat antara artis yang bertanding.

Penyanyi yang bertanding pun tak nak berinteraksi antara satu sama lain dekat belakang pentas. Masing-masing fokus nak menang.

Tambahnya lagi, dia sendiri tidak faham dengan proses penjurian dan mempersoalkan bagaimana juri mengadili lagu dan memilih pemenang.

Walaupun saya menang AJL, saya sendiri pun tak tahu kenapa saya menang. Saya tak pernah faham konsep pertandingan nyanyian ni.

Ramai orang anggap AJL macam ‘World Cup’ tapi saya anggap macam hanya hari Ahad yang biasa.

Sebelum ini, lagu Satu Malam Di Temasik nyanyian Joe bersama SonaOne telah dinobatkan sebagai naib juara pada AJL ke-30 yang diadakan pada tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dini janna
12 months ago

Dah 'Survey' Hotel Di Langkawi Jadi Lokasi Majlis, Janna Nick & Dini Schatzmann Bakal Nikah 10 Jun Ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...