“Saya Sendiri Pun Masih Terkontang-Kanting Apatah Lagi Nak Jaga Orang Lain” – MK K-Clique

Hiburan

“Saya Sendiri Pun Masih Terkontang-Kanting Apatah Lagi Nak Jaga Orang Lain” – MK K-Clique

Penyanyi rap yang semakin dikenali dalam dunia lakonan, MK mengakui lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita tentang hal peribadi. Apa yang menjadi keutamaannya adalah orang sekeliling termasuk keluarga dan peminat.

MK K-Clique
2 years ago

"Bukan Kayu..Cuma.." Didakwa Kekok Berlakon, MK K-Clique Jawab Kritikan Netizen

Advertisement

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata dia kurang selesa untuk bercerita tentang hal peribadi terutama perihal cinta kepada umum. Alasannya, bukan semua perkara perlu dicanang kepada dunia luar.

MK, 25, mahu mengumpul duit untuk keluarga dan orang-orang sekeliling yang disayangi terlebih dahulu. Keluarganya di Sabah pun perlukan banyak bantuan terutama pada waktu sekarang disebabkan pandemik Covid-19

Nak dirikan masjid atau berkeluarga bukan satu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam diri ini.

Penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu menjelaskan buat masa sekarang, dia sedang dalam proses memperbaiki diri dan menjaga perasaan orang-orang sekeliling yang rapat dengannya.

MK K-Clique

MK meluahkan dia berasa malu dengan sejarah lampaunya ketika masa muda dahulu, dia banyak tercicir dalam soal melakukan kebaika dan bersoal pada diri sendiri kenapa tidak menjadi lebih baik dari awal. Namun, dia selesa dan sangat hargai keadaannya sekarang dan berharap agar dia akan terus konsisten.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...