Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sendiri Malu Dengan Gambar Seksi Tersebut – Nora Danish

Akhirnya setelah lama berdiam diri mengenai gambar aksi ghairahnya di dalam majalah GLAM Lelaki baru-baru ini, Nora Danish telah membuka mulut dan memohon maaf atas kesilapannya beraksi seksi. Nora sendiri mengakui gambar-gambar yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan dirinya.

nora danish

Advertisement

Nora Danish berkata yang persetujuan untuk memakai pakaian yang disediakan oleh pihak penyelia majalah berkenaan juga dicapai atas janji gambar-gambar itu akan diedit untuk menutup bahagian badannya yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Kata Nora:-

Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf maaf kepada semua pihak atas ketelanjuran saya. Saya tahu akhirnya isu seksi itu akan berbalik kepada saya. Saya tidak tahu ia akan diterbitkan semasa saya berada di Mekah. Saya terima keadaan itu dan belajar daripada kesilapan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak menyerahkan keputusan tentang karier saya dibuat oleh pihak lain.

Baguslah Nora Danish dah sedar, minta maaf dan janji tidak berbuat lagi kesilapan yang sama. Peminat-peminat semua marah sebab mereka sayang kepada Nora Danish. Selama ini imej baik Nora telah di”tarnish”kan dengan keluarnya gambar-gambar tersebut. Semoga Nora selepas ini lebih berhati-hati lagi. Sumber info Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

129 Comments

  1. mashimaro

    May 24, 2012 at 8:51 am

    ALASAN KLISE SANG ARTIS…DAH TERANTUK BARU NAK TENGADAH… MASA BUAT TU TAK PIKIR KER…?????

  2. ops

    May 22, 2012 at 5:08 pm

    laaaa. baru tahu malu ke? abis time photoshoot tu tak malu lagi lah? ayah #retis mmg macam ni. hahahah. ops..

Loading...
To Top