Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Semakin Pulih Dan Lebih Gembira – Haqiem Rusli

Pernah mengejutkan orang ramai dengan pendedahan beliau mengalami depresi dan akhirnya dikecam kerana didakwa ia adalah gimik semata-mata, penyanyi Haqiem Rusli yang mengakui dirinya tertekan sehingga perlu mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri memberitahu beliau kini semakin pulih.

Advertisement

Menerusi akaun Twitternya, Haqiem turut memberitahu keadaannya jauh lebih baik berbanding dahulu bukan sahaja dari segi sikapnya tetapi pembawaan beliau sebagai seorang artis selain berkaitan dengan muzik.

Sedaya upaya cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik setiap hari, Haqiem kini lebih gembira apabila perubahan beliau itu turut membuat peminatnya tersenyum.

Baguslah kalau Haqiem sudah beransur pulih, harapnya apa yang berlaku sebelum ini membuatkan beliau menjadi seorang yang lebih matang dan artis yang berkualiti. Teruskan semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. WeWa

    September 6, 2018 at 2:09 pm

    11 tahun aku battle dengan depression. Macam2 anti-depressants doctor bagi. Berpuluh sessi kaunseling dengan psychiatric aku pi. Berkali-kali juga suara belakang kepala suruh bunuh diri. Berkali-kali juga cuba nak “pergi” sebab tak tahan. Tapi kau dik? Eh… senangnya boleh kembali pulih dan happy?! Meh sini bagi petua, nasihat, nama doctor dan pakar kaunseling yang kau pergi. Nak juga aku pulih dan gembira dengan ekspress.

    • iamgall

      September 7, 2018 at 12:18 am

      babe, depression ada levelnya.. kalau cepat dirawat, jaga pemakanan, cukupkan nutrisi dlm badan insyaallah cepat pulih. ubat yg doktor bekalkan tu hanya untuk bg ketenangan, mengawal.. sebentar bukan menyembuhkan.. depression ni battle dgm diri sendiri untuk keluar dari perangkap tu..Cuba ambil Supplement omega 3, kalsium magnesium, b complex untuk bantu kesihatan otak dan kawal hormon stress.. anxiety disorder, depression ni adalah gangguan saraf pada mental.. tapi attack emosi dan saraf dalam badan kita.. Hg Google la atasi anxiety disorder @ depression

    • Anonymous

      September 7, 2018 at 8:22 am

      kalau rasa mcm nak mati tu depression ke?sbb dulu pernah ada rasa mcm tu…takut…panik..sesak nafas..dan alhamdulillah..dekatkan diri ..dengan banyakkan perkara ibadah amal..hati jadi tenang…tak fikir masalah..ye ada masalah..da rasa takut..tp perasaan tu mcm hilang sikit2..

  2. anonymous

    September 6, 2018 at 1:53 pm

    mamat ni gila publisiti…………boleh kahwin ngan fatiyah….padan ouiii…depression jadah nya??? gila babi ada….blahhh….buru baru tumbuh dan berlagak gila……………

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top