Baru-baru ini, ada sesetengah pihak berpendapat Fasha Sandha lebih kerap “selfie†sejak beliau bercerai. Ada pelbagai andaian yang dibuat antaranya ada yang menganggap Fasha sengaja mencari publisiti dan mahu menggoda.
Walaubagaimanapun, Fasha menerusi BH PLUS menafikan dakwaan tidak berasas itu dan tujuan beliau memuat naik foto “selfie†kerana ingin mempromosikan sesuatu produk.
Menjadi duta kepada beberapa produk, Fasha diwajibkan untuk berselfie dan ia termaktub didalam kontrak perjanjian.
Saya bukannya berselfie kosong. Kekerapan saya berselfie adalah kerana saya ada produk. Saya juga menjadi duta kepada beberapa jenama. Sebagai duta produk adalah menjadi tugas saya untu mempromosikannya.
Malah dalam perjanjian, ada dinyatakan saya perlu selalu berselfie. Dalam erti kata lain, komitmen saya adalah bergambar dan muat naik ke laman sosial saya.
Jika diikutkan , sebelum ni saya juga ada berselfie tetapi lebih kepada promosi bagi acara yang saya hadiri atau sesi fotografi.
Sejak bercerai ni, macam-macam juga kritikan dan spekulasi berkaitan Fasha Sandha, sampai selfie pun kena kecam. Rasanya bukan Fasha seorang sahaja artis yang kerap memuat naik foto selfie dan selalunya bertujuan untuk promosikan produk di Instagram.