Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Selesa Berhijab Setiap Ramadhan Tak Mahu Komen Bimbang Ia Tidak Kekal – Siti Sarah

Baru-baru ini, Shuib Sepahtu telah memuat naik foto isterinya Siti Sarah yang kelihatan sudah mengenakan tudung.  Ramai yang menyangka beliau kini sudah berhijab sepenuhnya, namun dalam satu kenyataan kepada portal Murai, Siti Sarah tidak berani memberikan sebarang komen mengenai imejnya itu kerana seperti tahun-tahun sebelum ini ia sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghormati bulan mulia itu.

Advertisement

Sebenarnya setiap Ramadhan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

Buat Siti Sarah berhijab bukan  satu perkara yang boleh dibuat main-main. Ia tidak bermakna seseorang itu hanya menutup aurat pada bahagian kepala tetapi ia merangkumi pelbagai aspek seperti tidak memakai pakaian yang terlalu ketat ataupun singkat.

Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara  yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main.

Kita berdoa agar satu hari nanti Siti Sarah diberikan rahmat dan keberkatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik lagi dan yang penting lahir daripada hatinya sendiri tanpa paksaan orang lain. InshaAllah.

Sumber Berita: Murai

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top