Baru-baru ini, Shuib Sepahtu telah memuat naik foto isterinya Siti Sarah yang kelihatan sudah mengenakan tudung. Ramai yang menyangka beliau kini sudah berhijab sepenuhnya, namun dalam satu kenyataan kepada portal Murai, Siti Sarah tidak berani memberikan sebarang komen mengenai imejnya itu kerana seperti tahun-tahun sebelum ini ia sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghormati bulan mulia itu.
Sebenarnya setiap Ramadhan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.
Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.
Buat Siti Sarah berhijab bukan  satu perkara yang boleh dibuat main-main. Ia tidak bermakna seseorang itu hanya menutup aurat pada bahagian kepala tetapi ia merangkumi pelbagai aspek seperti tidak memakai pakaian yang terlalu ketat ataupun singkat.
Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main.
Kita berdoa agar satu hari nanti Siti Sarah diberikan rahmat dan keberkatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik lagi dan yang penting lahir daripada hatinya sendiri tanpa paksaan orang lain. InshaAllah.