Penyanyi Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan di Malaysia yang bertanyakan khabar dirinya dan keluarga susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, dia sekeluarga berada dalam keadaan selamat, malah memberitahu bahawa dia langsung tidak tahu tentang kejadian gempa bumi tersebut kerana berada jauh di kawasan yang mengalami gegaran.
Sebenarnya saya tak rasa pun gegaran gempa bumi tersebut kerana berada jauh. Alhamdulillah saya dan keluarga baik-baik sahaja.
View this post on Instagram
Oleh kerana itu, pelantun yang popular menerusi Kerana Terluka itu meluahkan rasa syukur kerana dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas dari bencana alam yang berlaku disana.
Difahamkan Nourul yang berhijrah ke Bali bersama keluarganya sejak 19 September lalu itu tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Canggu manakala lokasi kejadian gempa bumi itu pula berlaku di timur laut Banjar Wanasari.
Sekadar info, tiga individu disahkan terkorban dalam satu gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau Bali, awal pagi semalam. Gempa bumi tersebut melanda pada kedalaman yang cetek iaitu 10 kilometer timur laut bandar Banjar Wanasari.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.