“Saya Selalu Percaya Hukum Allah” – Fazura Akui Tidak Terkesan Dengan Komen Negatif Netizen

Hiburan

“Saya Selalu Percaya Hukum Allah” – Fazura Akui Tidak Terkesan Dengan Komen Negatif Netizen

Sebelum ini, tular satu video memaparkan anak kepada pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya yang mengatakan sudah tidak sayang akan ayahnya, Fattah Amin lagi.

Sejak itu, ramai yang mula menyalahkan Fazura dan menuduh dirinya mengajar anak untuk bercakap sebegitu.

Advertisement

Baru-baru ini, Fazura telah membuat satu siaran langsung dan pelakon itu memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut meskipun ramai pengikutnya meminta dia bersuara.

Nur fazura dipuji fokus anak

Namun, pelakon itu berkata dia tidak terkesan sama sekali dengan kecaman dan spekulasi yang dikeluarkan oleh netizen.

Secara jujurnya, saya tak terkesan langsung sebab saya percaya dengan hukum Allah. Kalau kita berniat baik akan dibalas baik dan kalau niat jahat akan dibalas jahat. Biarlah mereka nak buat apa pun, itu urusan mereka.

Pelakon itu turut mengingatkan para peminatnya agar tidak terlalu memikirkan perkara negatif dan berterima kasih atas sokongan mereka selama ini.

Paling penting adalah kita kena sentiasa bersabar dan serah segalanya kepada Allah. Tak mengapa biarlah mereka nak fitnah, Allah nak angkat darjat saya. Terima kasih semua, jangan langsung rasa sakit hati, jangan risau saya okay dan gembira, tenang. Kita sebenarnya zikir nama Allah, tapi mereka nak zikir nama Fazura biarlah.

Dalam pada itu, pelakon itu turut berkata dia bahagia dengan hidupnya yang sekarang dan tidak terlintas untuk mencari pasangan kerana mahu memberi sepenuh fokus pada kerjaya dan anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 6 Oktober 2024 selepas mahkamah meluluskan permohonan cerai yang difailkan oleh Fazura.

Mahkamah juga memutuskan hak penjagaan Fatima diberikan kepada Fazura, sementara Fattah diberikan hak lawatan tiga kali seminggu dan dibenarkan bermalam dengan anaknya dua kali sebulan.

Fazura yamma tak sayang daddy
4 days ago

"Saya Tak Nak Daddy, Dah Tak Sayang.." - Reaksi Fatima Ketika Ditanya Mengapa Menangis Oleh Fazura Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...