“Saya Selalu Jadi Ibu Mereka” – Empat Dekad Dalam Dunia Seni, Khatijah Tan Tak Terfikir Nak Buli Pelakon Baharu

Hiburan

“Saya Selalu Jadi Ibu Mereka” – Empat Dekad Dalam Dunia Seni, Khatijah Tan Tak Terfikir Nak Buli Pelakon Baharu

Pelakon veteran, Khatijah Tan berkata dia tidak pernah terlintas di fikiran untuk membuli pendatang baru sepanjang hampir empat dekad berada di dalam dunia seni lakonan.

Memetik dari OhBulan!, pelakon itu turut berkata dia juga mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik pelakon baru agar keserasian dapat dibentuk untuk menjayakan sesuatu naskah bersama.

Advertisement

Saya banyak bekerja dengan pelakon baru, tapi saya tidak pernah membuli mereka sebab pekerjaan ini adalah ikatan kasih sayang dan saya selalu menjadi ibu mereka.

khatijah tan

Anak-anak muda ini sebenarnya bukan manja, tapi mereka boleh rasa kalau mereka selesa atau tidak dengan seseorang. Kalau mereka rasa tak selesa, mereka cenderung untuk menjauhkan diri.

 

Saya sendiri pernah bertemu dengan beberapa artis muda yang pada mulanya takut nak mendekati saya. Apabila saya tanya kenapa, barulah mereka berkongsi pengalaman buruk yang pernah mereka alami jadi, itu buatkan mereka lebih berhati-hati.

Khatijah tegur sikap pelakon

khatijah tan

Ibu kepada pengarah Pierre Andre itu turut bersuara mengenai sikap segelintir pelakon yang kurang membuat perbincangan untuk menjayakan watak sebaliknya gemar membuat hal sendiri di set penggambaran.

Saya tak faham konsep sekarang. Dulu, kita akan duduk satu meja, berehat dan berbual bersama-sama. Tapi sekarang, suasana itu dah berubah.

Jadi, bila saya fikir semula, teguran pelakon senior itu adalah untuk kebaikan bersama. Mereka nak rapatkan hubungan supaya setiap babak itu berjaya dihasilkan dengan baik, cuma pelakon baharu jangan salah tafsir.

Menurut pelakon itu, keserasian antara pelakon di set penggambaran adalah sangat penting untuk membantu menjayakan watak yang perlu mereka lakonkan.

Keserasian antara pelakon sangat penting. Kadang-kadang, cara orang lama nampak macam membuli, tapi sebenarnya tidak begitu.

 

Saya sendiri pernah diajar oleh cikgu-cikgu hebat seperti Ahmad Yatim. Cara mereka kelihatan tegas dan keras, tapi akhirnya saya faham, itu adalah pendekatan untuk membantu mengeluarkan potensi sebenar dalam lakonan.

Terdahulu,  timbulnya dakwaan dibuat seorang pelakon baharu mengatakan dia melihat pelakon baharu dibuli pelakon senior sewaktu di lokasi penggambaran.

nabila huda tegur pelakon baharu jangan manja kalau nak jadi pelakon
1 month ago

"Jika Tak Bersedia Jadi Pelakon, Cari Kerjaya Lain" - Nabila Huda Sifatkan Pengadu Isu Buli Tidak Bersedia Hadapi Cabaran Dunia Orang Seni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...