Setelah beberapa hari menunggu keputusan ekoran isu penyanyi Ernie Zakri dan lagu Astana, kini dimaklumkan bahawa penyanyi ini akan tetap membawa lagu berkenaan di Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) musim ke-38 pada hari Sabtu.
Kata Ernie melalui sebuah kenyataan rasmi, selepas perbincangan dengan pihak Universal Music Malaysia dan Rocketfuel Entertainment, diputuskan bahawa Ernie dibenarkan menyanyi lagu yang dicalonkan itu.
Saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini mesti mahu menyanyikan lagu ini. Tak pernah sekali saya berkata tidak mahu dan tarik diri.
Pihak Universal Music Malaysia pun tak pernah halang saya untuk nyanyi lagu ini jadi saya dengan gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Astana.
View this post on Instagram
Kata penyanyi popular ini juga, dirinya berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana memberi kepercayaan dan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Dia juga terharu dengan sokongan peminat yang sentiasa mengambil berat.
Pada masa yang sama, Universal Music Malaysia turut berkata pihak mereka tidak mahu memanjangkan perkara tersebut lalu memberi kelepasan untuk penyanyi asal menyanyikan lagu Astana itu di SFMM.