April 14th, 2012

Setelah mendapat info daripada seorang pembaca di Twitter, Abang Nara dengan sepantas kilat telah membeli majalah URTV. Dan di dalamnya ada berita yang mengesahkan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek telah putus dengan Dahlia Teck. Dalam erti kata lain, Apek kini sudah single mingle.

apek putus dahlia teck

Kata Apek kepada wartawan URTV:-

Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan.

Apabila ditanya adakah punca perpisahannya dengan Dahlia Teck kerana kewujudan orang ketiga, Apek berkata:-

Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta.

Dan ada berita baik untuk peminat bola sepak Malaysia, dengan tamatnya kisah cinta Apek dan Dahlia Teck, kini Apek berkata yang dia akan memfokuskan 100% kepada kerjanya sebagai penjaga gol. Semoga prestasi Apek selepas ini akan lebih meningkat sekaligus menaikkan ranking pasukan bola sepak Malaysia yang merudum jatuh baru-baru ini.


237 responses to “Saya Sekarang Sudah Single – Khairul Fahmi Che Mat”

  1. student bandung says:

    aku suka gila kfcm ni dgn jejariruncing dulu..tp jejariruncing mcm bangga je bf dia best sekali kena tinggal..dahlia teck ni pulak kita gelar perampas manakala apex pencurang..seperti yg kita tau, perampas n pencurang ni hubungan takkan lama..takkan..sebab macamana boleh nak pastikan yg si pencurang takkan merampas yang si perampas takkan curang??

    yang aku nak tau sekarang, adakah jejariruncing menari ke’happy’an? jap nak stalk blog dia..hehe

    • honey madu says:

      betol gak kan. kalau aku jadi elia pun aku menari2 kehappyan. tak sia2 apek tinggalkan elia dulu. ada hikmah disebalik semua ni!!

      go elia go!! kui3

  2. saya lagi says:

    Dan…yg paling rugi dan terkesan tetap jugak si Dahlia Teck….sia sia jer susah payah wat video sambutan hari jadi Apex…organize team bagai serbu otel sik Apex..tetapi ditinggal kan gitu aje…hmmm..sad..poor pathetic Dahlia….sabar yer dek.

  3. mikaela banes says:

    what goes around comes around.

  4. BUKAN PENYOKONG TEAM MALAYSIA...SORRY ! says:

    cheap…and rare breed. HAHAH

  5. roykaede says:

    Eh! Bukanke Apek dah kawin dgn Siew Leng? hehe..

Loading...