“Saya Sekarang Sudah Berhijrah…” – Ziela Jalil Taknak Bahas Perkara Lama

Hiburan

“Saya Sekarang Sudah Berhijrah…” – Ziela Jalil Taknak Bahas Perkara Lama

Datuk Ziela Jalil, 51 memberi penerangan mengenai gambar-gambar lamanya dan lakonan beliau sebelum berhijrah yang amat mudah untuk diperolehi, beliau juga mengatakan sukar untuk dia membahas perkara ini kerana bimbang bakal sentuh sensitiviti dari pelbagai pihak.

Ziela juga berkata dia tidak boleh membuat apa-apa kerana sekarang semuanya di hujung jari, jika cari di Google semuanya akan terkeluar dengan mudah, susah untuk dirinya bercakap tentang hukum mengenai perkara ini.

Advertisement
Datuk Ziela Jalil

Datuk Ziela Jalil dan anaknya

Melalui temubual bersama Harian Metro, Ziela berkata,

Namun kita tidak boleh mengiyakan benda yang salah. Tapi kita tak boleh hentikan kerana bukan kuasa kita untuk hentikan tayangan atau larang mana-mana pihak samada panggung, tv atau YouTube untuk tayangkan. Bukan hak kita.

Buat masa sekarang Ziela cuma memikirkan tentang dirinya saja tanpa mengambil kisah apa pihak lain fikir dan buat.

Saya sekarang dah berhijrah. Jadi saya bertaubat minta keampunan Allah dan selebihnya serahkan kepada-Nya untuk menilai.

Selain daripada perkara ini, perkembangan lain syarikatnya Pena Creative Picture Sdn Bhd akan terbitkan ialah drama 26 episod yang bakal ditayangkan di RTM.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...