“Saya Segan Sebenarnya..” – Tiba-Tiba Nama Dikaitkan Dengan Hal Orang Lain, Alif Satar Terkejut Ditanya Sejak Bila Kahwin Dua

Hiburan

“Saya Segan Sebenarnya..” – Tiba-Tiba Nama Dikaitkan Dengan Hal Orang Lain, Alif Satar Terkejut Ditanya Sejak Bila Kahwin Dua

Penyanyi, pelakon sekaligus pengacara Alif Satar ini tidak mahu dikait-kaitkan dengan isu influncer Alif Teega yang sedang tular ini. Katanya, dia rasa kurang selesa apabila menerima pujian dari pakar motivasi  Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah baru-baru ini.

Menurut Alif, hal tersebut dikeranakan dia tidak mahu bersenang di atas kesengsaraan orang lain. Dirinya juga tidak selesa apabila namanya menjadi bahan jenaka dan perbandingan dengan Alif kerana bimbang akan menyakiti mana-mana pihak.

Advertisement

Saya segan sebenarnya hal pujian datang dari berita negatif orang lain. Orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris.

Saya tak suka komen sebab saya tak tahu apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Bukan itu sahaja, pelakon ini juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu rumah tangga orang lain kerana dirinya bukan orang yang betul untuk membahas perkara tersebut.

Pada masa yang sama, dia  juga terkejut apabila menerima mesej bertanyakan sejak bila bernikah lagi dari orang awam. Apabila mengetahui perkara sebenar, barulah Alif tahu itu hanya gurauan dari netizen. Disebabkan itu, namanya pun terpalit sekali dalam masalah rumah tangga orang lain. Alif juga mengambil hal ini sebagai iktibar dan peringatan buat dirinya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang tesla
1 year ago

"Jangan Rasa Lelaki Tu Baik Depan Korang Tapi Dia Tak Ada Yang Lain" - Abang Tesla Ulas Isu Alif Teega

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...