“Saya Sedih & Kecewa..” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq Sedia Masuk Penjara Kalau Keputusan Tak Berpihak Kepadanya

Kehidupan

“Saya Sedih & Kecewa..” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq Sedia Masuk Penjara Kalau Keputusan Tak Berpihak Kepadanya

Baru-baru ini, abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Space Dollah tampil meluahkan perasaannya susulan adik mempunyai kes perbicaraan melibatkan empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkait dengan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Tak sanggup tengok Syed Saddiq masuk penjara

Melalui sesi podcast tersebut, Space Dollah atau nama sebenarnya, Syed Abdullah mengakui tidak sanggup melihat Syed Saddiq dimasukkan ke dalam penjara.

Advertisement

Bagaimanapun, dia mendedahkan adiknya itu sudah bersedia untuk memasuki penjara jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

Saya dah kenal Saddiq untuk jangka masa yang sangat lama dan bila saya tengok orang yang jujur jadi macam ni, saya begitu dan kecewa.

Yakin adik boleh ubah negara ke arah lebih baik

Biarpun berasa sedih, tetapi Space Dollah berkata dirinya bersama keluarga dan rakan-rakan di Muar dapat menilai sendiri kebaikan Ahli Parlimen tersebut dan rakyat Muar boleh menjadi bukti adakah Saddiq melakukan tugasan buat rakyat ataupun tidak.

Dalam pada masa yang sama, Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya itu untuk mengubah negara ke arah yang lebih baik.

You have the ability to do so my brother. Saya percayakan anda. Dan akan mendoakan awak.

syed saddiq mahkamah
1 week ago

"Saya Sentiasa Percaya Saya Tak Bersalah & Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Membuktikan Itu" - Syed Saddiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...