Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sedih Dan Insaf – Lan Pet Pet Dan Pak Ya Bermaafan

Dibelasah teruk oleh Lan Pet Pet, pengawal keselamatan Yahya Manap ataupun mesra dengan panggilan Pak Ya meluahkan rasa tidak puas hati pelawak itu hanya dikenakan dendan RM2,000. Malah, Pak Ya juga dikatakan mahu mengambil tindakan saman malu terhadap Lan sebanyak RM 3 juta.

Advertisement

Bagaimanapun, kemelut antara mereka sudah berakhir apabila Lan baru-baru ini bersemuka dengan Pak Ya dan bersungguh-sungguh memohon maaf.

Saya maafkan Lan (Mazlan).Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.

Saya bukannya pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka. Kerjaya dan reputasi Lan tercalar dengan insiden itu.

Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula. Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu.

Advertisement

Pada masa yang sama, Lan bersyukur permohonan maaf itu diterima baik oleh Pak Ya dan keluarganya. Beliau cukup menyesal dengan segala perbuatannya itu.

Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu. Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum.

Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah.

Baguslah kalau dapat menyelesaikan isu ini dengan baik dan saling bermaafan. Kami harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan menjadi pengajaran buat orang lain juga.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 Comments

  1. Anonymous

    April 25, 2019 at 7:37 pm

    Alhamdulillah.. smoga Lan benar2 insaf..
    Dan Pak Ya mmg insan berhati mulia.. smoga Pak Ya diberkati Allah selalu.

  2. Yekeni

    April 24, 2019 at 8:28 pm

    Termakan sandiwara.

    Contoh suami pemukul, insaf, isteri maafkan, esok lusa kena pukul lagi, insaf lagi, maafkan lagi…

    Selamat tak kena saman… Takpe lain kali orang lain kena pls lah teruskan saman eh … Biar yg ini gigit jari..

    Walaubagaimana pun, semoga pakcik ni diberi kesihatan…

  3. tukang tengok

    April 24, 2019 at 4:53 pm

    aku kesian kt PakYa ni sebab umur2 mcm dia masih kene kerja.. sure keje shift ni.. mane menantu yg suh saman tu? napelahh ko x suh mertua ko ni berenti ddk umah jer.. g surau.. kesian PakYa..

  4. Che ta kodiang

    April 24, 2019 at 3:43 pm

    dia ni kuat merapu..toksah percaya laa..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top