Pelakon dan juga pengarah yang khabarnya bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua tidak lama sahaja lagu, Azri Iskandar ada meluahkan rasa sedih gara-gara hasratnya untuk menukar nama pentas tidak direstui anak-anak.
Difahamkan, Azri Iskandar ingin menukar namanya kepada Azri Alexander namun terpaksa melupakan niatnya itu kerana anak-anak tidak bersetuju.
Kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka tentang hal ini.
Kata Azri, anaknya yang marah dan sangat tidak bersetuju dengan keputusannya itu adalah Azrell Omar Iskandar.
Dia cakap, nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau nak go International, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.
Jelas Azri, Azrell sudah mula berkecimpung dalam dunia perfileman dan berasa pelik jika nama pentasnya kelak digelar sebagai Azrell atau Ayel Alexander.
“Saya cakap anam saya tetap Azri Iskandar. Cuma Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi dia tak boleh terima. Sebab itu saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar.” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.