Saya Sedih Apabila Lara Sering Diusik – Scha Al Yahya

Hiburan

Saya Sedih Apabila Lara Sering Diusik – Scha Al Yahya

Hati ibu mana yang tidak kecewa, sedih dan pilu apabila anak sendiri dikritik dan di’usik’ tanpa sebarang sebab. Abang Nara memahami perasaan Scha Al Yahya apabila tindakannya yang sering berkongsi gambar anaknya, Lara Alana di laman sosial mendapat kecaman daripada sesetengah pihak. Niat untuk berkongsi kebahagiaan yang sedang dikecapi disalaherti oleh orang lain. Bak kata Abang Nara sebelum ini, kenapa susah sangat sesetengah manusia ini untuk merasa gembira untuk orang lain?

scha al yahya

Advertisement

Membaca luahan hati Scha Al Yahya mengenai isu ini membuatkan hati Abang Nara turut rasa sedih. Buat anda yang suka mengutuk tak tentu pasal, silalah baca dan cuba fahami isi hati seorang ibu. Semoga lepas ini tak ada nak kutuk-kutuk dah.

Macam mana boleh timbul saya dan Awal cuba cari publisiti serta mengeksploitasi Lara, sedangkan pengikut kami lebih ramai? Untuk pengetahuan semua, Instagram dan Facebook Lara adalah jurnal untuk kami berkongsi perkembangan anak dengan peminat.

Ramai juga selebriti buka akaun laman sosial untuk anak mereka, bahkan yang bukan artis lebih ramai berbuat demikian. Bagi saya, apa yang kami buat tidak salah selagi gambar yang dikongsi benda elok dan bagus. Jadi kenapa pula ia perlu dipertikai dan jadi isu?

Saya sedih apabila Lara sering ‘diusik’. Saya tak sangka ada segelintir manusia yang dengki dan tidak boleh tengok orang lain bahagia. Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, saya ambil pendekatan bertenang.

Saya selalu ingatkan diri, jangan ambil pusing dengan apa orang cakap dan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan. Yang suka mengutuk, biarlah mereka dengan dunia mereka. Yang penting, saya dan Awal gembira dengan kurniaan Allah terhadap kami.

Benda sebegini tak perlu dilayan. Lagipun ramai sayang lara dan selalu mendoakan kami. Apabila difikirkan semula, ramai juga gembira dan terhibur dengan kewujudan Instagram dan Facebook Lara.

awal dan scha

Mungkin yang asyik mengutuk ini masih lagi belum bergelar ibu/bapa. Jadi tak faham perasaan ingin merakamkan detik-detik anak sendiri membesar. Bagi Abang Nara, setiap orang berhak buat keputusan sendiri mengenai hal ini. Kalau tak suka, bolehlah unfollow. Tak perlu nak kritik apa bagai. Apa pendapat anda?

P.S: Mazda 2 sedan 2015 dipratonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...