Memetik Utusan Malaysia, pelakon dan penyanyi Bella Astilla mengakui dirinya sering menjadi mangsa kecaman gara-gara berpakaian seksi.
Kata Bella, dia kini lebih berhati-hati tentang soal pemakaian dan sedar akan status dirinya sebagai seorang isteri.
Ya, sekarang saya lebih berhati-hati. Saya sedar, saya adalah isteri orang. Jadi, bab berpakaian memang kena hati-hati.
Bella Astillah yang sebelum ini terpalit kontroversi mengenai rumah tangganya menjadi tumpuan warga maya apabila dia dikatakan semakin berani dan seksi.
@bellaastillah_94 Happy Sunday ?
Dia turut mengharapkan agar peminat di luar sana untuk tidak cepat menghukum sebaliknya lebih berhemah dalam menegur kesilapan yang dilakukan.
“Netizen tak tahu, adakalanya, pakaian saya disediakan stylist. Saya cuma gayakan sahaja. Saya harap mereka faham sebab penampilan saya begitu” ujarnya.