“Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya..Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Datuk Nora Ariffin

Hiburan

“Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya..Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Datuk Nora Ariffin

Penyanyi Datuk Nora Ariffin menerusi satu hantaran di Instagram Story memaklumkan bahawa dia bakal bercerai kali kedua bersama suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli bagi menuruti permintaan anak tirinya.

Dalam hantaran itu, Nora juga memohon maaf terhadap anak tiri dan juga madunya, Ustazah Rose berkenaan hal itu.

Advertisement

Datuk Nora ariffin pujuk suami untuk bercerai

Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi. Setelah Ustaz didesak untuk ceraikan saya, kembali rujuk kepada saya, saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali.

Saya akan penuhi permintaan Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.

Tulis Nora lagi, dia juga sedang memujuk Ustaz Rushdi untuk bercerai kerana enggan lagi berhadapan dengan fitnah dan kata cacian orang ramai di media sosial.

datuk nora ariffin ustaz cerai kali kedua

Terdahulu, wujud konflik berterusan di antara Nora dengan anak tirinya di mana penyanyi itu mendakwa gadis itu telah menggelarnya dengan panggilan yang tidak senonoh.

Nora juga pernah bercerai kali pertama dengan suaminya itu namun rujuk kembali pada 14 September 2024 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

36 mins ago

"Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak" - DJ Kid Dan Emma Maembong Bercinta Atau Sudah Bernikah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...