December 16th, 2019

Pastinya ramai lelaki di luar sana yang kecewa mendengar berita ini. Pelakon cantik manis, Mira Filzah mengakui yang dia kini sedang dalam proses mengenali seseorang.

mira filzah

Meskipun sering digosipkan bercinta dengan artis, Mira berkata lelaki yang kini rapat dengannya itu bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, hubungan mereka berdua masih belum di tahap serius dan agak terlalu awal untuk Mira berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut. Nampaknya, anda semua masih ada peluang untuk cuba mengorat Mira?

mira filzah

Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu.

Terdahulu, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak dan juga Zizan Razak. Namun, pelakon wanita itu menegaskan hubungannya dengan kedua-dua selebriti lelaki popular itu hanya sekadar kawan.

Sumber Berita : Harian Metro


11 responses to “Saya Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang – Mira Filzah”

  1. Anonymous says:

    Wan emir astar adik beradik laki si shalma aina

  2. Munafik says:

    Ish siapakah gerangannya. Takut nanti ramai kawan lelaki bukan dalam kalangan selebriti. Cara jawap tu mcm baru jer nak kenal hati budi..

  3. Anonymous says:

    macam wan emir astar je, sebab nampak masing2 follow each other kat ig.. kawan laki elfira loy juga, dulu wan emir mcm kawan dgn lofa juga kan.. memang hidup dikelilingi artis.. mak dia ahli parlimen kuala kangsar, sesuai la ngan mf, sama2 orang perak..

  4. Nino says:

    Wan Emir Astar ke?

  5. Aida says:

    siapakah gerangannya…ada sesiapa tahu?

Loading...