Written by Bella | December 16th, 2019

Pastinya ramai lelaki di luar sana yang kecewa mendengar berita ini. Pelakon cantik manis, Mira Filzah mengakui yang dia kini sedang dalam proses mengenali seseorang.

mira filzah

Meskipun sering digosipkan bercinta dengan artis, Mira berkata lelaki yang kini rapat dengannya itu bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, hubungan mereka berdua masih belum di tahap serius dan agak terlalu awal untuk Mira berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut. Nampaknya, anda semua masih ada peluang untuk cuba mengorat Mira?

mira filzah

Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu.

Terdahulu, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak dan juga Zizan Razak. Namun, pelakon wanita itu menegaskan hubungannya dengan kedua-dua selebriti lelaki popular itu hanya sekadar kawan.

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to Saya Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang – Mira Filzah

  1. B says:

    Pernah try artis. Pernah date adik artis. Adik artis tak betapa jadi. Adik ipar selebriti. Kawan artis ramai. Mak pernah guna artis dalam prog politik sendiri.
    Yup lelaki itu bukan artis tapi tak adalah jauh sangat dari hidup artis2.

  2. Hahahaahs says:

    Aku rasa engineer atau doktor atau mcm siti saleha kawen dgn pegawai kerajaan..tungguuu

  3. nz says:

    wlupon bkn artis tp lelaki tu ramai artis kenal hihi

  4. Anonymous says:

    Mesti ahli perniagaan atau kerabat diraja kan

  5. Kakaksangat says:

    Baru Aku tau definisi cantik pakai tudung.tudung mesti singkat Dan limit leher

Tinggalkan Komen Anda Di Sini