Saya Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang – Mira Filzah

Hiburan

Saya Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang – Mira Filzah

Pastinya ramai lelaki di luar sana yang kecewa mendengar berita ini. Pelakon cantik manis, Mira Filzah mengakui yang dia kini sedang dalam proses mengenali seseorang.

mira filzah

Advertisement

Meskipun sering digosipkan bercinta dengan artis, Mira berkata lelaki yang kini rapat dengannya itu bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, hubungan mereka berdua masih belum di tahap serius dan agak terlalu awal untuk Mira berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut. Nampaknya, anda semua masih ada peluang untuk cuba mengorat Mira?

mira filzah

Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu.

Terdahulu, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak dan juga Zizan Razak. Namun, pelakon wanita itu menegaskan hubungannya dengan kedua-dua selebriti lelaki popular itu hanya sekadar kawan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...