January 1st, 2020

Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta pelakon Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya penuh dengan kasih sayang. Semakin “bersemut” betul mereka berdua, mesra bersama.

Namun, ramai yang sudah bosan dengan Ruhainies yang sering menjaja kisah peribadinya, sedangkan sebelum ini dia sendiri berkata akan kurang bercakap mengenainya.

Menurut Ruhainies, dia sama sekali tidak berniat untuk mencanang kisah cintanya. Sebagai selebriti dia hanya berkongsi apa yang perlu sahaja.

ruhainies

Saya sebenarnya tidak berniat untuk mencanang kisah cinta berbanding perkembangan kerjaya seni. Namun, perkara itu (kisah cinta) yang menjadi perhatian dan saya sering ditanyakan persoalan sama.

Sebagai selebriti, saya sekadar berkongsi apa yang dirasakan patut memandangkan lebih selesa berterus-terang.

ruhainies

Ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, Ruhainies memberitahu soal perkahwinan masih belum diputuskan lagi. Apa-apa pun, kata orang kalau benda yang baik elok dipercepatkan, lagipun Ruhainies dan kekasih sudah begitu mesra bersama dan saling mencintai. Semoga mereka berjodohan sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Harian Metro


7 responses to “Saya Sebenarnya Tiada Niat Nak Canang Kisah Cinta – Ruhainies”

  1. lisa says:

    Kalau tak dengar kisah cinta dia..tatau pun dia sapa. Tatau pun berlakon cite apa,,drama apa…tahu2 dengar citer dia kaya…

  2. Deanna says:

    si dekni nie kan, ckp x nak canang tapi x habis2 pasal kisah cinta dia, pasal karier dia mana, berlakon pun blh kira brp kerat aja kan

Loading...