“Saya Sebenarnya Teringin Sangat, Tapi…” – Peminat Minta Buat Konsert, Marsha Milan Akui Ada Rasa Takut

Hiburan

“Saya Sebenarnya Teringin Sangat, Tapi…” – Peminat Minta Buat Konsert, Marsha Milan Akui Ada Rasa Takut

Penyanyi, Marsha Milan akui dia mempunyai hasrat untuk mengadakan konsert sendiri buat para peminatnya.

Namun, dia tidak menafikan wujudnya perasaan bimbang dalam dirinya untuk merealisasikan impian itu terutamanya apabila memikirkan konsert pada masa kini merupakan trend semasa yang mungkin mempengaruhi sambutan terhadap konsert.

Advertisement

Saya sebenarnya teringin sangat nak buat konsert sendiri tapi saya harap peminat, kawan-kawan dan keluarga doakan yang terbaik untuk saya.

marsha milan

Walaupun saya kata saya nak buat konsert, jauh di sudut hati ada rasa takut. Saya perasan sekarang ni ramai yang buat konsert tapi impak konsert tersebut kadang-kadang nampak macam tak diendahkan, mungkin disebabkan trend semasa.

Menurut Astro Gempak, penyanyi lagu Hening Rindu itu turut berkata dia melihat konsert sebagai salah satu pencapaian yang besar buat penggiat seni nyanyian di Malaysia.

Dia turut mengakui bahawa untuk melaksanakan sebuah konsert itu bukanlah perkara yang mudah, justeru dia perlu membuat persediaan yang rapi dari pelbagai aspek agar peminat yang hadir dapat menikmati persembahan yang berkualiti.

Walau bagaimanapun, dia tetap berharap agar dia diberikan peluang untuk melaksanakan konsertnya sendiri.

1 week ago

Marsha Milan Kecewa Dituduh Lupa Asal Usul - “Saya Cuba Pertahankan Identiti Komuniti Sabah Tapi ...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...