Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sebenarnya Tak Nak Zahirah Mendirikan Rumah Tangga Buat Masa Ini – Zainol Macwilson

Pasangan selebriti popular, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson semalam telah mengadakan satu sidang media khas mengumumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun hadapan.

Advertisement

Rata-rata peminat begitu teruja dengan berita gembira tersebut dan mendoakan agar perancangan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar.

Namun, bapa kepada Zahirah iaitu Zainol Macwilson, secara jujurnya mengakui dia belum bersedia untuk “melepaskan” anak perempuan sulungnya itu menjadi seorang isteri memandangkan usianya masih muda.

Advertisement

Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira, memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu dengan pilihan hati meski kalau nak diikutkan, saya sebenarnya tak nak Zahrirah mendirikan rumah tangga buat masa ini sebab dia baru 24 tahun.

Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun dan ke atas. Apa pun, saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku, jadi sebagai ayah, saya terima.

Berbicara mengenai bakal menantunya, Zainol berkata Aiman seorang yang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua. Boleh lihat keikhlasan hati lelaki itu yang mampu membahagiakan Zahirah.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta. Semoga perancangan pasangan ini untuk berkahwin dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 Comments

  1. Jini

    August 2, 2019 at 2:00 pm

    Tak yah nk memuji sangt la SI amyra rosli tu.lps kaawin elk ja berlakon peluk2 dgn lelaki padahal dh status mak org dh.

  2. Intan

    August 1, 2019 at 9:08 pm

    Dia ckp 25 ke atas bukan me anak dia 25 bila kahwin nanti? Alasan ketaikan ape yang pakcik Saleh ni merepek

  3. aku perati je..

    August 1, 2019 at 6:43 pm

    baguslah dia ada kesedaran awl nak kahwin pakcik.. dia pun dah asik berpegang sana sini mcm laki bini pun.. at least kurang dosany kat ctu dn bertambah pahalany bila diijab kabulkan nanti.. lg lama la ko tahan budak tu dr berkahwon.. smakin byk la dosa nya tercatat.. bukan ostajah, tp manusia yg tau halal haram yang basic.. bukan kecam.. tp bg pandangan.. skian..

  4. Mak Esah

    August 1, 2019 at 6:28 pm

    bukan sb x nak anak tu kahwin cuma belum bersedia nak lepas kan anak tu lagi. Aku faham perasaan ayah zahirah tu. Must be si zahirah ni anak yg baik dan manja dgn ayahnya. Aku harap perkahwinan depa kekal sb aku rasa si aiman ni pemikiran dia matang keluarganya pun bagus dan berpendidikan. Zahirah pula aku tengok mcm mudah dibentuk; manja and sesuai ngan si aiman yg matang tu. Serasi dorg berdua. Pandangan aku lah…insyallah.

    • Anonymous

      August 2, 2019 at 8:04 am

      Yg dislike tu mesti kaum yg baca tajuk pastu emo terlajak or lg teruk baca tp x fhm pastu budget org lain salah, aku jer yg murni. Kesian.

  5. korok

    August 1, 2019 at 4:28 pm

    tgh laku bagi je la kat aiman tu jgn sok jg cm lopak…x laku2..dok umah main dgn kucing

Loading...
To Top