Written by Bella | August 1st, 2019

Pasangan selebriti popular, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson semalam telah mengadakan satu sidang media khas mengumumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun hadapan.

Rata-rata peminat begitu teruja dengan berita gembira tersebut dan mendoakan agar perancangan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar.

Namun, bapa kepada Zahirah iaitu Zainol Macwilson, secara jujurnya mengakui dia belum bersedia untuk “melepaskan” anak perempuan sulungnya itu menjadi seorang isteri memandangkan usianya masih muda.

Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira, memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu dengan pilihan hati meski kalau nak diikutkan, saya sebenarnya tak nak Zahrirah mendirikan rumah tangga buat masa ini sebab dia baru 24 tahun.

Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun dan ke atas. Apa pun, saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku, jadi sebagai ayah, saya terima.

Berbicara mengenai bakal menantunya, Zainol berkata Aiman seorang yang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua. Boleh lihat keikhlasan hati lelaki itu yang mampu membahagiakan Zahirah.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta. Semoga perancangan pasangan ini untuk berkahwin dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Media Hiburan

38 responses to Saya Sebenarnya Tak Nak Zahirah Mendirikan Rumah Tangga Buat Masa Ini – Zainol Macwilson

  1. HH says:

    banyak songeh la kau pakcik mcm2..mcm anak kau tu baik sgt je.. abis kau lg ske la tgk anak kau tu org bawak kehulur hilir? org cium ske2 ati.. yg bkn nye suami die.. ko ske mcm tu ke.. takot ko banyak songeh sgt last2 anak ko yg jd ANDARTU

  2. Anonymous says:

    kalau boleh nak yang kaya, ada kereta ferrari, ada rumah, glamer..mcm ruhainies?

    • Anonymous says:

      kannn…cuba si zahirah tu bercinta dgn kerabat ke… anak millionaire mana2 ke…mesti tunang 3 bln je.. lepas tu kawin terus. bkn xde contoh.. kalu bduit..cepat je.

      • Bawangrangers says:

        Hello,aiman tu anak dato jg dato ridza abdoh..kaya dan ada class tersendiri..sila Google ok..yg penting mereka ni sepadan Dan sekufu.

        • Anonymous says:

          Parents have have x semestinya anak pun sama. Berapa ramai anak2 datuk jadi retis?

        • Get real says:

          So wat? Dato tuk belatuk merata longkang pun bergelar dato. Title byk yg beli. Takde nya title dato tu kaya raya. Duk rumah besar kereta besar tak semestinya kaya. Cuba baca The Edge, ramai kalangan ini yg hutang keliling khatulistiwa. So stop being delusional

      • anon jugak says:

        kenapa kau reply komen sendiri? kau x paham ke fungsi logo (logo ke setem sebelah nama anon kau ni) tu kan nak menunjukkan identiti no. ip kau? kau tgk skang komen2 ni sume banyak logo kau

  3. hh says:

    banyak songeh la kau pakcik mcm2..mcm anak kau tu baik sgt je.. abis kau lg ske la tgk anak kau tu org bawak kehulur hilir? org cium ske2 ati.. yg bkn nye suami die.. ko ske mcm tu ke.. takot ko banyak songeh sgt last2 anak ko yg jd ANDARTU

  4. lalily says:

    kalau dah suka sama suka, teruskan lah. nanti jadi yang pelik2….
    belum kawin pun dah mcm belangkas. pegang sane sini…baik teruskan je lah.

  5. PU Lembut says:

    Aku heran Melayu2 yg kononnya Islam skg.. anak pompuan ko rela disentuh bukan mukhrim, tapi mak pak mcm xnak restu la pulak? Rela anak tu diusung merata-rata…mcm husband and wife dah secara x rasmi ber baby baby bagai… sudah tidak ada malu pon masih nak tangguh2..

  6. Nini says:

    Biarlah dia nak kawin pun. Kalau both dah ready dan mampu. Bg dia Rasa bahagia, as bapak kenelah faham. Nak. Kawal sgt anak lagi parah dan memberontak

  7. Anonymous says:

    anak pakcik nak sangat….pakcik boleh kontrol ke nafsu? tu je nak tanye….

  8. mcwilson bongok says:

    tak habis habis la bapak dia ni. menyampah sangat.

  9. Anonymous says:

    senang ko je lah kawin…itu tak kena..ini x kena. ko ni jenis bapak cm ikon felda tu ke…ade je.

  10. Anonymous says:

    Pak wilson ni entah apa apa ..pelik …

  11. Anonymous says:

    Bukan dia izinkan ke?

  12. faraj says:

    Memilih lah sgt Bapak oiiii….kang jadi mcm Neelofa bercakap gan kucing sorang2 sekarang ni baru nyesal tak abisssss…!!!

  13. kak maghia says:

    dia kawin 2 kali boleh pulak ek…bapak dia ni banyak bunyik aku tgk

  14. Anonymous says:

    CONGRATS AIMAN &ZAHIRA – BAGUS L LU DA NA KAWIN -CEPAT KAN LAGI BAGUS-JANGAN PISANG BERBUAH DUA KALI MCM DGN FATHIA LATIF LAMA BETUNANG DUA TAHUN LPAS TU PUTUS -KEHIDUPAN ARTIS NI CUBA LAH PUAS MEMBUJANG HINGGA UMUR 30 KE ATAS BIL DA RASA DA CUKUP PUAS ENJOY BARU KHAWIN NI TAK BARU BETUNANG SEBULAN DUA DA NA PUTUS BAIK NANTI JANGAN UMUMKAN BETUNANG KA APA TERUS KAN JE NIKAH LAGI SENANG.

  15. damai says:

    tahun depan February 2020 zahirah dah masuk 25 ok lah pakcik, 25 keatas juga apa, apa yg pakcik merepek nie

  16. korok says:

    tgh laku bagi je la kat aiman tu jgn sok jg cm lopak…x laku2..dok umah main dgn kucing

  17. Mak Esah says:

    bukan sb x nak anak tu kahwin cuma belum bersedia nak lepas kan anak tu lagi. Aku faham perasaan ayah zahirah tu. Must be si zahirah ni anak yg baik dan manja dgn ayahnya. Aku harap perkahwinan depa kekal sb aku rasa si aiman ni pemikiran dia matang keluarganya pun bagus dan berpendidikan. Zahirah pula aku tengok mcm mudah dibentuk; manja and sesuai ngan si aiman yg matang tu. Serasi dorg berdua. Pandangan aku lah…insyallah.

    • Anonymous says:

      Yg dislike tu mesti kaum yg baca tajuk pastu emo terlajak or lg teruk baca tp x fhm pastu budget org lain salah, aku jer yg murni. Kesian.

  18. aku perati je.. says:

    baguslah dia ada kesedaran awl nak kahwin pakcik.. dia pun dah asik berpegang sana sini mcm laki bini pun.. at least kurang dosany kat ctu dn bertambah pahalany bila diijab kabulkan nanti.. lg lama la ko tahan budak tu dr berkahwon.. smakin byk la dosa nya tercatat.. bukan ostajah, tp manusia yg tau halal haram yang basic.. bukan kecam.. tp bg pandangan.. skian..

  19. Intan says:

    Dia ckp 25 ke atas bukan me anak dia 25 bila kahwin nanti? Alasan ketaikan ape yang pakcik Saleh ni merepek

  20. Jini says:

    Tak yah nk memuji sangt la SI amyra rosli tu.lps kaawin elk ja berlakon peluk2 dgn lelaki padahal dh status mak org dh.

  21. Anonymous says:

    pakcik sebnaqnya nk ckp bgi pakcik kawen dulu baru ank pkcik kawen kn.. xnak langkah bendul kan..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini