Pelakon dan juga anak kepada pendakwah Ridhuan Tee Abdullah, Syafi Tee baru-baru ini ada mendedahkan bahawa dia tidak tertarik kepada kaum wanita ketika melakukan siaran langsung (live) menerusi TikTok.
Syafi berkata demikian ketika menjawab soalan peminat yang bertanyakan ciri-ciri wanita pilihannya untuk dijadikan teman hidup di aplikasi itu.
“Sekarang Syafi tertarik kat perempuan macam mana? Nak versi 2023 punya jawapan..” soal peminat tersebut.
Jelas pelakon itu, dia kini berasa tidak minat sama sekali kepada kaum wanita dan memberi alasan pengalaman hidupnya yang telah melalui banyak perkara.
Saya macam dah low sikit kat orang. Macam perempuan ni tak buat saya tertarik. Saya tak tahu la itu perubahan hormon ke apa benda, ataupun disebabkan pengalaman saya yang dah hadapi macam-macam benda.
Namun begitu, pelakon dan juga model itu menafikan dirinya bukanlah seorang pengamal hubungan songsang ataupun ‘gay’.
Syafi dengan berseloroh memaklumkan bahawa dia sendiri risau akan keadaan dirinya selain ibu bapanya yang juga mempunyai perasaan yang sama.
Terdahulu, Syafi pernah menghiburkan dunia hiburan apabila tular video memaparkan dia sedang berpelukan dengan seorang perempuan namun apa yang lebih mengejutkan individu itu bukanlah wanita sebenar.