Tiga tahun berusaha untuk menimang cahaya mata, tiada siapa tahu disebalik kegembiraan itu, terselit juga ujian buat pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU.
Lisa akhirnya dapat mengumpul kekuatan untuk menceritakan detik sukar ketika mengalami keguguran sewaktu kandungan pertama.
Pendedahan mengenai kisah kegugurannya itu dikongsikan menerusi satu program kesihatan yang membincangkan topik “Punca dan Tips Tangani Keguguran”.
View this post on InstagramAdvertisement
Lisa memberitahu, kandungan pertamanya sebenarnya anak kembar, tetapi salah satu bayinya telah keguguran.
Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri. Sewaktu saya mengandung anak yang pertama, saya sebenarnya mengandung anak kembar. Bila saya buat pemeriksaan dan kemudian saya diberitahu oleh doktor yang seorang anak sudah tiada ‘heart beat’.
Saya bersyukur yang saya dapat melahirkan Yahaira Leanne, tapi saya nak tahu, kenapa boleh berlaku? Sebab saya tanya, what does it mean? Adakah ia bermaksud yang ada prosedur yang perlu dilakukan?
Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Kredit Video : Instagram Mingguan Wanita

Marlia
July 19, 2019 at 6:37 pm
Artikel yang bagus, saya doakan perjalanan hidup Lisa dan keluarga tenang selalu.
kiko
July 18, 2019 at 3:19 pm
x minat lisa,,,sbb dia poyo sgt….
suria
July 18, 2019 at 2:53 pm
apa pun yang pernah mengandung…melahirkan ..haruslah bersyukur …mcm aku ni dah 15 tahun khwin,,.masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri…aku tak pernah mengandung sepjg 15 tahun ni..suami aku problem.,,tp aku terima seadanya qada..n qadar tuhan,,..aku pernah frust sedih tapi aku kuatkan hati..aku takde anak..tp aku masih ada suami yang baik…kami pakat2 amik anak angkat..cari kebahagiaan kami..alhamdulillah kedua2 anak angkat kami membesar dengan baik..syukur..bertambah rezeki kami dengan adanya mereka..alhamdulillah syukur…
errrr
July 18, 2019 at 10:29 am
asek seek attention… dari dulu satu modal ke satu modal to get public ack her..
tp paling menjadi lepas pakai tudung.. ig dpt byk likes
aritu majlis ape tah ade Tun M.. jemputan tuk yusri dia as spouse jer.. tp lisa ni plak yg over shadow..
bong cit
July 18, 2019 at 9:52 am
sejak bertudung byk tul kuar citer pasal dia.. yg lps2 pun nak korek kasi kuar..naik bosan dh…dh2 la tu