Abang Nara perasan, setiap hari Ahad, pasti akan keluar gosip mengenai Hanis Zalikha. Sayangnya gosip tersebut adalah gosip tidak baik. Kononnya Hanis berlagak diva, sombong dan kurang ajar. Agak pelik juga gosip tersebut kerana sepanjang pengetahuan Abang Nara, Hanis memang baik orangnya.
Terbaru, Hanis Zalikha dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Hairul Azreen yang merupakan juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Sekali pandang, memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Hanis mengakui yang Hairul adalah kawan lelakinya yang paling rapat namun menafikan percintaan wujud antara mereka berdua. Kata Hanis:-
Saya tidak bercinta dengan siapa-siapa termasuk Hairul. Bagi saya kalau ada boyfriend, matlamat saya hanya untuk berkahwin. Buat masa ini, saya taknak kahwin lagi. Karier pun baru nak bermula. Namun tidak dinafikan, antara saya dan Hairul, kami kawan rapat. Kami tak pernah dating as boyfriend and girlfriend.
Saya sayang dia sebagai kawan saja. Tapi, sayang saya tidak bermakna nak bercinta dengan dia. Kami dah kenal lama, sebab tu boleh jadi kawan rapat. Kalau nak cakap kami bercinta, perkara itu belum berlaku. Jika ditakdirkan suatu hari nanti kami bercinta, seterusnya berkahwin, saya mampu menolak ketentuan itu kerana situasi itulah yang dinamakan jodoh.
Panjang lebat penjelasan daripada Hanis Zalikha. Diharap semua pihak berpuas hati. Abang Nara setuju dengan pegangan Hanis. Sementara tengah meningkat naik ini, lebih baik tumpukan pada kerjaya. Cinta ini bila-bila pun boleh. Lagipun Hanis masih muda. Mana tahu di masa depan ada lelaki yang lebih sesuai dan memahami akan ditemui oleh Hanis. Siapa tahu kan?
P.S: Sudah terbukti, ramai yang sudah mencuba dan berpuashati dengan hasilnya.
Dengan Ephyra, anda tidak perlu risau. Ephyra bukan sahaja terbukti dalam mencantikkan wajah anda, malah memberikan kecergasan pada badan. Halal dan lulus KKM. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.