January 9th, 2013

Terkejut ungka Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh A. Aida kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Sebagai seorang produser drama, A. Aida menyarankan kepada artis untuk membuat pembedahan agar nampak cantik. Siap sanggup taja lagi tue!!!
aida
Ini satu statement yang agak mengejutkan sebenarnya. Sedikit petikan kata-kata A.Aida untuk bacaan anda:-

Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah. Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga. Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki.

aidaFuh ~~~ Ini yang Abang Nara terasa nak jadi pelakon di bawah produksi A. Aida nie. Bolehlah kasik hensem sikit muka Abang Nara. Dan untuk pengetahuan anda, A. Aida menghabiskan RM4,000 sebulan untuk mengekalkan kecantikan mukannya. Fuh ~~

Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan. Semua pil atau makanan sampingan yang saya ambil dirujuk kepada pakar terlebih dahulu. Saya tidak ambil sembarangan. Begitu juga dengan suntikan vitamin yang saya lakukan di sebuah hospital swasta. Saya mengaku menyuntik vitamin C setiap bulan kerana itu semua untuk kebaikan kerjaya. Memanglah tugas saya lebih kepada berbual atau berkomunikasi dengan pelanggan tetapi apa salahnya kalau orang pandang wajah kita terasa tenang.

aidaMemang Abang Nara akui ada kesan perbelanjaan sebanyak RM4,000 untuk kecantikan oleh A. Aida. Tengok gambar A. Aida pun Abang Nara rasa tenang. Seolah-olah berada di tepi pantai sambil menghayati desiran ombak. Itu belum jumpa in person lagi tue. Kalau jumpa in person, confirm ketenangan maksima boleh dicapai.


Comments are closed.

Loading...