“Saya Sanggup Sujud Untuk Sebuah Pendidikan” itulah yang diluahkan oleh seorang Guru yang membuka sekolah untuk anak anak Migran di Tawau, Sabah. Selama 12 tahun beliau membuka sekolah untuk memberikan pendidikan kepada anak anak migran di Batu 12, Ranggu. Tawau, Sabah. Dari bermula di sebuah gereja ke balai raya hingga ke tanah sekolah pada hari ini.
Namum, berbaki 7 bulan lagi sebelum tanah yang diberikan dibina blok baru, ianya ditarik balik. Sekolah sedia ada yang dibina tujuh tahun lalu memiliki hampir 300 orang pelajar anak-anak buruh dan migrant yang yurannya serendah RM15 dan tanpa paksaan.
Timbul kerisauan kerana pelajar yang berada di sekolah tersebut semakin ramai dan sekolah sedia ada sudah tidak mampu lagi menampung pelajar. Apa yang beliau perlukan adalah sebuah bangunan untuk menampung pelajarnya dan meneruskan usaha yang dilakukan selama 12 tahun itu.
Untuk melihat bangunan yang sedia ada. Anda boleh ke Batu 12, Ranggu. Tawau, Sabah atau hubungi saudara Arafat Hambali.