Usahawab sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi tentang kehidupannya sewaktu kecil di mana dia membesar dalam sebuah keluarga yang berantakan dan akuinya perkara itu sangat mencabar.
Menerusi audio siar baru-baru ini, Aliff berkata tentang kehidupan sukar menjadi anak daripada sebuah ‘broken family’.
Tambah usahawan berusia 38 tahun itu lagi, ramai melihat hidupnya penuh dengan kesenangan kini namun hakikatnya orang tidak tahu tentang perjalanan sukar di masa silam yang dilaluinya.
Jika diberi pilihan, saya sanggup bayar RM1 juta untuk mengubah semula kisah silam hidup saya. Sebab kisah silam saya penuh tragedi dan dugaan. Saya mempunyai ibu dan ayah tiri, perkara itu sangat tidak menyeronokkan untuk saya. Tidak semua yang mempunyai ibu dan ayah tiri akan hidup gembira.
View this post on Instagram
Kongsi Aliff lagi, ketika zaman sekolah juga kehidupannnya tidak seindah kanak-kanak lain kerana dia sering diejek dengan pelbagai panggilan disebabkan pekerjaan ibu dan bapanya.
Ketika usianya masih kecil, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita mencari rezeki dengan menjual ikan manakala bapanya pula bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Disebabkan peristiwa dan pengalaman itu, Aliff menginjak dewasa dengan rasa nekad untuk rajin berniaga kerana enggan miskin buat kali kedua.
Di sekolah dahulu, macam-macam panggilan diberikan kepada saya. Ada panggil saya kangkung, ikan dan sotong. Saya sangat malu ketika itu. Sebab itu apabila sudah dewasa, saya sangat rajin berniaga kerana saya tidak mahu miskin untuk kali kedua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.