May 22nd, 2020

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon Risteena sudah pun megikat tali pertunangan bersama Isa Khan pada November lalu di Bali. Meskipun awalnya senyap sahaja mengenai hubungan mereka tapi ternyata mereka tidak sabar untuk ke fasa perhubungan yang lebih serius.

Sejak kebelakangan ini, banyak betul kisah mengenai pasangan ini yang menghiasi laman media sosial. Tidak segan menayangkan sisi romantis masing-masing, namun masih ramai yang sepertinya jelek dengan perkongsian sebegitu.

risteena munim

Terbaru, Risteena mendedahkan bahawa dia memberikan kepercayaan yang penuh terhadap Isa Khan. Dia yakin bahawa mereka mampu menjaga satu sama lain dengan sebaiknya.

Walaubagaimanapun, pelakon wanita itu redha sekiranya tertulis bahawa tunang kesayangannya itu bukanlah jodoh yang telah ditetapkan untuknya.

“Kita semua kena tahu kalau Allah cakap jodoh dia dengan org lain, kita tak boleh tolak takdir.”

Kedua mereka tahu menjaga hubungan suci yang terjalin ini, jadi tiada istilah rampas atau pun merampas.

risteen tak takut isa khan dirampas

Risteena turut menegaskan bahawa dia tidak takut dengan perampas selain yakin bahawa Isa bukanlah seorang yang mudah berubah hatinya kerana perampas.

“Saya tak pernah takut dengan perampas. Isa bukan tak pandai menilai orang. Saya sangat yakin Isa bukan mudah untuk dirampas.”

Semoga pasangan ini cepat-cepat ke jinjang pelamin.

Sumber: Gempak

Advertisement

14 responses to ““Saya Sangat Yakin Isa Bukan Mudah Untuk Dirampas” – Risteena”

  1. Anonymous says:

    Trash

  2. Anonymous says:

    Who is this artist? Omg! Why so confident about her relationship! Please girl, you never see how the real world out there. Good luck to you!

  3. Anonymous says:

    Apa siak aku tak kenal minah ni.. hamlau heboh na dgn mamat tu , mamat mcm tu ko kemaruk nau..

  4. Ghaz says:

    My only question, who the hell are you? R u famous?shuh!

Leave a Reply to Noorlene Cancel reply

Loading...